Sebelum kta p lebih lanjut tentang sakit ni, jom kita fahami normal sistem fisiologi badan kita
Setiap apa yang kita makan terutamanya karbohidrat (nasi, gandum, kentang, ubi, gula dll) terdiri drp gula..
Mknn ini akan masuk ke sistem penghadaman di mana mknn ini dicerna, dan kemudiannya diserap di dlm usus..
Untuk karbohidrat, mereka ini dihancurkan dan diserap sebagai gula ringkas yang dikenali sbg glukosa..encik-encik glukosa ini akan masuk ke dlm salur darah sebagai nutrien penting untuk dibawa ke seluruh badan untuk diserap dalam setiap sel yang wujud di mana mereka ditukar menjadi tenaga..
bagaimana dia boleh diserap kedlm sel-sel? Dengan adanya bantuan saudara hormon Insulin yang mmg sedia ada wujud dlm bdn kita, maka upacara glukos masuk dlm sel depermudahkan
Dalam penyakit kencing manis ni, ada gangguan dlm fisiologi badan kita yang menyebabkan samada saudara insulin itu tidak cukup ataupon disebabkan oleh rintangan sel2 itu terhadap insulin (maksudnya, insulin cukup, tp sel2 bdan kita yang xbagi glukos masuk dlm..)
Ini secara tak langsung menyebabkan lambakan glukos di dlm salur darah spt mana lambakan graduan yg menganggur selepas graduasi...
Maka begini lah asal usul penyakit diabetes mellitus atau kencing manis ini
Untuk menambah kengerian terhadap pnyakit ini, mari kita tgk info ini
sambung di Bahagian 2...
No comments:
Post a Comment